Please login to make a post!!
Please register if you doesn't have account with us..
TQ.. =)

# for those who forgot their username and password. please email to me at admin.gmiforum@blackpdm.com.. Admin will reset password for you. Smile

Join the forum, it's quick and easy

Please login to make a post!!
Please register if you doesn't have account with us..
TQ.. =)

# for those who forgot their username and password. please email to me at admin.gmiforum@blackpdm.com.. Admin will reset password for you. Smile
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

=)


You are not connected. Please login or register

Sejarah lagu "Negaraku"

3 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Sejarah lagu "Negaraku" Empty Sejarah lagu "Negaraku" Mon Nov 28, 2011 3:05 pm

Haruka90

Haruka90
Site Guard
Site Guard



Betui ka nie mcm tak percaya ja nie....saja godek-godek kt wikipedia...ini plak yg sebnarnya mengikut sejarahnya...
Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.

Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu perbarisan untuk permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir Said. Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak.
Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara.

Lagu ini telah popular di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.

Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku. Selepas itu irama ini tidak lagi dijadikan sebagai lagu hiburan kerana dilarang.

Sumber : Gempak.org

http://kanuar6235@yahoo.com

2Sejarah lagu "Negaraku" Empty Re: Sejarah lagu "Negaraku" Mon Nov 28, 2011 4:17 pm

Admin

Admin
Admin
Admin

apekah?? affraid

http://gmiforum.blackpdm.com

3Sejarah lagu "Negaraku" Empty Re: Sejarah lagu "Negaraku" Mon Nov 28, 2011 4:25 pm

aifa92

aifa92
Moderators
Moderators

errr.. btol ke nie??

4Sejarah lagu "Negaraku" Empty Re: Sejarah lagu "Negaraku" Mon Nov 28, 2011 5:40 pm

Haruka90

Haruka90
Site Guard
Site Guard

aifa92 wrote:errr.. btol ke nie??

haha..x ley caye kn...tp mmg btol... Very Happy

http://kanuar6235@yahoo.com

5Sejarah lagu "Negaraku" Empty Re: Sejarah lagu "Negaraku" Mon Nov 28, 2011 10:34 pm

aifa92

aifa92
Moderators
Moderators

Haruka90 wrote:
aifa92 wrote:errr.. btol ke nie??

haha..x ley caye kn...tp mmg btol... Very Happy

knpa perlu ade kena mengena ngan indon lak.. grrrr..

6Sejarah lagu "Negaraku" Empty Re: Sejarah lagu "Negaraku" Tue Nov 29, 2011 2:25 pm

Haruka90

Haruka90
Site Guard
Site Guard

aifa92 wrote:
Haruka90 wrote:
aifa92 wrote:errr.. btol ke nie??

haha..x ley caye kn...tp mmg btol... Very Happy

knpa perlu ade kena mengena ngan indon lak.. grrrr..

hurmm...
entah lar...
masih samar2... scratch

http://kanuar6235@yahoo.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum